PANTUN
KEMERDEKAAN
Telah
datang angin kemerdekaan
melambai
tanah air berlagu sentosa
telah
gemilang sumpah kerelaan
membelai
bangsa sepanjang usia.
Maksud
rangkap 1
-Semangat
sambutan hari kemerdekaan mulai dirasakan oleh setiap warganegara yang cintakan
akan tanah air.Kemerdekaan yang diperolehi ini adalah hasil perjuangan yang
iklas para pejuang terdahulu untuk membebaskan negara,hingga kini semua
warganegara berada dalam situasi yang menyenangkan
Setiap
menjelang kemerdekaan ini
bergemalah
di hati anak pribumi
sejahtera
bangsa menggenggam kemenangan
keramat
bangsa menentang keagungan
Maksud
rangkap 2
-Apabila
menjelangnya sambutan hari kemerdekaan,semangatnya mula dirasai oleh setiap
warganegara,kemerdekaan yang dicapai telah membolehkan setiap warganegara hidup
dalam keadaan yang selesa.Semuanya telah dicapai menerusi perjuangan para
pejuang menentang penjajah.
Kemerdekaan
, di sini bumi beningmu dipijak
di
sini langit jernihmu dijunjung
cinta
kasih tiadakan retak
meski
debar sengketa melanda jantung.
Maksud
rangkap 3
-Kebebasan
yang dicapai seharusnya menyedarkan setiap warganegara erti kesetiaan dan
ketaatan kepada negara tercinta tanpa berbelah bagi.Walaupun serinag diancam
dengan perselisihan faham yang boleh mengugat keamanan negara.Semangat
nasionalisme tidak pernah luntur.
Tanah
air tercinta hamparan setia
kamilah
kini pewaris kemerdekaan
seluhur
suara seteguh cita
menjunjung
bakti mahkota kedaulatan
Maksud
rangkap 4
-Negara kita setiap warganegaranya mempunyai
kesetiaan yang tidak berbelah bagi pada negara.Ini kerana generasi hari ini
adalah pewaris kebebasan yang diraih,seharusnya generasi muda hari ini adalah
pewaris
No comments:
Post a Comment