Friday, 17 April 2015


Baik bergalas baik tidak,
buli-buli bertali benang,
baik berbalas baik tidak,
asal budi sama dikenang

Maksud: Pantun budi ini menceritakan tentang budi yang ditabur dengan hati yang ikhlasdan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Budi juga boleh dilahat dalam pelbagai aspekiaitu dari segi perbuatan mahupun dari segi kewangan. Konsep budi menekankan sejauh mana lahirnya hati budi seseorang terhadap apa yang telah diberi seperti menolong orangyang memerlukan pertolongan. Budi juga tidak dapat ditukar dengan wang ringgit keranabudi akan dibawa mati. Budi akan dikenang untuk jangka masa yang lama sehingga iadiingati sampai bila-bila.

Padi dan nanas tanam di tanjung,
Tempat pipit berbuat sarang,
Budi dan emas sama dijunjung,
Hidup aman dikena


Maksud: Terdapat juga sesetengah pihak yang mengatakan bahawa orang yang berbudi akan dibalas segala budinya apabila dia tidak mengambil kira kepada siapa budinyatelah dicurahkan. Oleh itu ramai orang yang menyokong bahawa berbudi sampai ke mati selagi hayat dikandung tanah. Kebanyakan yang kita perolehi dari orang dahulu kala ialah kekayaan dengan budi bahasa yang ditabur. Budi bahasa yang bagus juga mencerminkan kekayaan hati budi seseorang. 

No comments:

Post a Comment