Friday, 17 April 2015

PANTUN EMPAT KERAT - NASIHAT

Ada kolam ada masjid,
Tempat orang sembahyang raya,
Tengah malam bulan terbit,
Bintang sebiji membawa cahaya.

Air surut membawa bayam,
Sayur diisi di dalam kantung,
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Alang - alang mejeruk asam,
Biar lebih kurang jangan,
Alang - alang menyeluk perkasam,
Biar sampai ke pangkal lengan.

Ambil golok di atas puan,
Hendak berakit ke Kuala Kedah,
Usah dijolok sarang tebuan,
Badan sakit sesal tak sudah.

 MAKSUD : Pantun ini memberi nasihat kepada manusia ke arah membentuk peribadi
                              yang mulia.


RANGKAP 1
Nasihat agar suka menolong orang,membantu dalam kesusahan dan kesulitan. Seperti sebiji bintang yang menyinari langit gelap pada waktu malam untuk memandu arah perjalanan manusia.

RANGKAP 2
Nasihat agar jangan suka membuat kecoh atau heboh apabila mendapat sesuatu atau berhadapan dengan masalah yang kecil.

RANGKAP 3
Maksudnya apabila melakukan sesuatu pekerjaan lakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya dan hasilnya maksimum.

RANGKAP 4
Maksudnya mendapat susah kerana melakukan sesuatu perkara yang tidak elok dan tidak berfikir semasa bertindak.Apabila sudah berlaku, tidak guna menyesal. Sama seperti perbuatan memusnahkan sarang tebuan, menyebabkan badan sakit kerana disengat tebuan berbisa tersebut.

No comments:

Post a Comment