Saturday, 18 April 2015

Video-Video Pantun

NAMA AHLI KUMPULAN:
HASVANI DEVI VELAUTHAM
(MC1409DC7384)
THURGASHINI GONASAGARAN
(MC1409DC7382) 

PANTUN
Definisi Pantun
Pantun adalah cabang puisi Melayu Klasik yang paling popular . Pantun menjadi popular kerana sifatnya yang ringkas serta mudah diingati atau dihafal . Seseorang boleh mencipta pantun setelah mempelajari sifat-sifatnya iaitu :

a) Terdapat dua bahagian dalam pantun iaiitu bahagian pembayang dan bahagian maksud . Bagi pantun 4 kerat , baris 1 dan 2 adalah bahagian pembayang . Manakala baris 3 dan4 adalah maksud . Begitu juga dengan pantun 6 kerat . Bahagian pembayangnya adalah pada baris 1, 2 dan 3 . Bahagian maksudnya pula adalah pada baris 4, 5 , dan 6 .
b) Rima akhirnya atau huruf di hujung baris adalah sejajar , iaitu bagi pantun empat kerat rima akhir biasanya “abab”. Untuk pantun 6 kerat biasanya rima akhirnya “abcabc”.
c) Biasanya , setiap baris mestilah mempunyai 8 hingga 12 suku kata . Jumlah suku kata yang kurang atau lebih daripada suku kata tersebut menjadikan sesebuah pantun itu kurang bermutu


Friday, 17 April 2015


Baik bergalas baik tidak,
buli-buli bertali benang,
baik berbalas baik tidak,
asal budi sama dikenang

Maksud: Pantun budi ini menceritakan tentang budi yang ditabur dengan hati yang ikhlasdan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Budi juga boleh dilahat dalam pelbagai aspekiaitu dari segi perbuatan mahupun dari segi kewangan. Konsep budi menekankan sejauh mana lahirnya hati budi seseorang terhadap apa yang telah diberi seperti menolong orangyang memerlukan pertolongan. Budi juga tidak dapat ditukar dengan wang ringgit keranabudi akan dibawa mati. Budi akan dikenang untuk jangka masa yang lama sehingga iadiingati sampai bila-bila.

Padi dan nanas tanam di tanjung,
Tempat pipit berbuat sarang,
Budi dan emas sama dijunjung,
Hidup aman dikena


Maksud: Terdapat juga sesetengah pihak yang mengatakan bahawa orang yang berbudi akan dibalas segala budinya apabila dia tidak mengambil kira kepada siapa budinyatelah dicurahkan. Oleh itu ramai orang yang menyokong bahawa berbudi sampai ke mati selagi hayat dikandung tanah. Kebanyakan yang kita perolehi dari orang dahulu kala ialah kekayaan dengan budi bahasa yang ditabur. Budi bahasa yang bagus juga mencerminkan kekayaan hati budi seseorang. 
PANTUN LAPAN KERAT

Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman menanam kubis,
Diselang dengan pokok papaya,
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.

MAKSUD : Orang yang beriman mempunyai sifat sababr dalam diri yang dapat mencegah daripada dihasut oleh iblis dan akhirnya akan berjaya dalam hidup.


Ikan teluk parang-parang,
Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan sebarang-barang,
Cucu Adam sepaian nabi,
Turun dari langit ketujuh,
Jadi Khalifah kepada Allah.

MAKSUD : Manusia bukan sebarang makhluk kerana ia adalah daripada keturunan nabi Adam yang diturunkan daripada langit ketujuh untuk menjadi pemimpin dibumi Allah.


Lengkang-lengkang apa dipaku,
Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh orang didarat,
Anak Cik Itam jatuh jalar,
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur dinodai Barat,
Bahasa ibunda hina terbiar.

MAKSUD : Bumi yang diwarisi daripada nenek moyangku akan musnah jika kita leka. Budaya Timur akan lenyap apabila dipengaruhi oleh budaya Barat sehingga bahasa ibunda terpinggir di bumi sendiri.






PANTUN KEMERDEKAAN
Telah datang angin kemerdekaan
melambai tanah air berlagu sentosa
telah gemilang sumpah kerelaan
membelai bangsa sepanjang usia.
Maksud rangkap 1
-Semangat sambutan hari kemerdekaan mulai dirasakan oleh setiap warganegara yang cintakan akan tanah air.Kemerdekaan yang diperolehi ini adalah hasil perjuangan yang iklas para pejuang terdahulu untuk membebaskan negara,hingga kini semua warganegara berada dalam situasi yang menyenangkan

Setiap menjelang kemerdekaan ini
bergemalah di hati anak pribumi
sejahtera bangsa menggenggam kemenangan
keramat bangsa menentang keagungan
Maksud rangkap 2
-Apabila menjelangnya sambutan hari kemerdekaan,semangatnya mula dirasai oleh setiap warganegara,kemerdekaan yang dicapai telah membolehkan setiap warganegara hidup dalam keadaan yang selesa.Semuanya telah dicapai menerusi perjuangan para pejuang menentang penjajah.

Kemerdekaan , di sini bumi beningmu dipijak
di sini langit jernihmu dijunjung
cinta kasih tiadakan retak
meski debar sengketa melanda jantung.
Maksud rangkap 3
-Kebebasan yang dicapai seharusnya menyedarkan setiap warganegara erti kesetiaan dan ketaatan kepada negara tercinta tanpa berbelah bagi.Walaupun serinag diancam dengan perselisihan faham yang boleh mengugat keamanan negara.Semangat nasionalisme tidak pernah luntur.

Tanah air tercinta hamparan setia
kamilah kini pewaris kemerdekaan
seluhur suara seteguh cita
menjunjung bakti mahkota kedaulatan
Maksud rangkap 4
-Negara kita setiap warganegaranya mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bagi pada negara.Ini kerana generasi hari ini adalah pewaris kebebasan yang diraih,seharusnya generasi muda hari ini adalah pewaris 


              PANTUN TEKA TEKI DAN JAWAPAN
Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
Jawapan: (lemang)

Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
Jawapan: (baju hujan)

Minah ketawa terjerit-jerit
Melihat koyak pada seluar
Orang putih duduk sederet
Pagar didalam tebing diluar?
Jawapan: (gigi)

Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.
Jawapan: (bintang)

PANTUN ENAM KERAT



Ular tedung jangan dipermudah,
Biasanya dapat membawa maut,
Jika tidak maut merana juga;
Berhujan panas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.

Kuda liar berkeliling kota,
Kota terbuat dari kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar angin,
Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tidak harum lagi.

Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludung dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.
Sultan Muda dari Lampung,

Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi.

RANGKAP 1
Hujan, panas, atau ancaman keris dan lembing tidak dihiraukan asalkan dapat memenuhi hajat di hati.

RANGKAP 2
Bunga yang sudah layu dan gugur ke bumi akan hilang harumnya , dianggap tidak berguna lagi.

RANGKAP 3
Sesuatu yang sedikit dijadikan banyak, alam pula dijadikan sumber ilmu.

RANGKAP 4
 Tempat bergantung hidup telah tiada, tidak tahu ke mana hendak mengadu.

PANTUN EMPAT KERAT - NASIHAT

Ada kolam ada masjid,
Tempat orang sembahyang raya,
Tengah malam bulan terbit,
Bintang sebiji membawa cahaya.

Air surut membawa bayam,
Sayur diisi di dalam kantung,
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Alang - alang mejeruk asam,
Biar lebih kurang jangan,
Alang - alang menyeluk perkasam,
Biar sampai ke pangkal lengan.

Ambil golok di atas puan,
Hendak berakit ke Kuala Kedah,
Usah dijolok sarang tebuan,
Badan sakit sesal tak sudah.

 MAKSUD : Pantun ini memberi nasihat kepada manusia ke arah membentuk peribadi
                              yang mulia.


RANGKAP 1
Nasihat agar suka menolong orang,membantu dalam kesusahan dan kesulitan. Seperti sebiji bintang yang menyinari langit gelap pada waktu malam untuk memandu arah perjalanan manusia.

RANGKAP 2
Nasihat agar jangan suka membuat kecoh atau heboh apabila mendapat sesuatu atau berhadapan dengan masalah yang kecil.

RANGKAP 3
Maksudnya apabila melakukan sesuatu pekerjaan lakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya dan hasilnya maksimum.

RANGKAP 4
Maksudnya mendapat susah kerana melakukan sesuatu perkara yang tidak elok dan tidak berfikir semasa bertindak.Apabila sudah berlaku, tidak guna menyesal. Sama seperti perbuatan memusnahkan sarang tebuan, menyebabkan badan sakit kerana disengat tebuan berbisa tersebut.
Jalan lurus menuju Tuban
Terus pergi mengangkat peti
Badan kurus bukan tak makan
Kurus memikir si jantung hati
Maksud: Pantun tersebut menggambarkan rasa cinta seseorang terhadap pasangannya dan membuat ungkapan yang berlebihan bahwa badannya kurus karena memikirkan kekasihnya. Hal tersebut tentunya akan membuat sang kekasih merasa tersentuh dan kenambah keharmonisan hubungan.


Pantun Nasehat Dan Maksud
                                                  Ada ubi ada talas
Ada budi ada balas
Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan merana
Maknanya: Agar orang yang menolong kita, kita bisa memblasnya dengan kebaikan juga
                                     Jalan kelam disangka terang
Hati kelam disangka suci
Akal pendek banyak dipandang
Janganlah hati kita dikunci
Maknanya: Pantun ini mengajarkan agar kita tidak mudah percaya dengan orang
                                       Bunga mawar bunga melati
Kala dicium harum baunya
Banyak cara sembuhkan hati
Baca Quran paham maknanya
Maknanya: Baca Al-Qur’an ibarat seharum bunga mawar bunga melati
                                      Kalau harimau sedang mengaum
Bunyinya sangat berirama
Kalau ada ulangan umum
Marilah kita belajar bersama
Maknanya: belajarlah dari awal agar kamu bisa menjawab soal dengan benar

                                          Hati-hati menyeberang
Jangan sampai titian patah
Hati-hati di rantau orang
Jangan sampai berbuat salah
Maknanya: Jangan cepat marah kepada orang, karena itu membuat hati orang sakit
  
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut

maksud: Seeorang yang tidak diingati, biasanya tidak akan disebut-sebut oleh orang lain walaupun telah menabur bakti

Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

maksud: Menjadi kebiasaan hidup manusia, orang yang telah meninggal dunia sentiasa disebut-sebut orang/dikenang orang

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.

maksud: Sedikit kebaikan yang dibuat, akan tetap diingati sampai bila-bila

Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

maksud: Kebaikan yang diberi ,diterima dengan hati terbuka
Dan dianggap sesuatu yang tidak dapat dibalas sampai bila-bila

Cahaya redup menyegar pagi ,
 Ayam berkokok mengirai tuah ,
 Jikalau hidup tidak berbudi ,
 Umpama pokok tidak bertuah
.

Pantun diatas dapat pula kita anggap sebagai pantun yang sesuai untuk mereka yang telah keluar daripada alam kanak-kanak , yakni bagi bagi merekayang memasuki alam remaja , dengan darah panas , suka bergaduh dan sedand bercinta . Seterusnya ada pula pantun-pantun yang ketara bersifat nasihat dan pengajaran yang tertentunya diutarakan oleh orang-orang tua . Bagiamanapun tentu sahaja pendengarnya terdiri daripada mereka yang jauh lebih muda .